Friday, 23 April 2010

Melihat hati seorang ibu

Semalam Mikael gi klinik. Dia batuk berkahak dah banyak hari.. so risau la tapi dah jumpa doktor, takde apa-apa yang serius.. ok la.. Tp cerita hari ini bukan cerita tentang Mikael, cerita mengenai perbualan saya bersama seorang ibu pertengahan usia semasa menunggu giliran bertemu dengan doktor.

Ibu tersebut bebadan agak besar, dan sedang memangku seorang bayi yang pada pengamatan saya agak kecil. Katanya anaknya lahir tidak cukup bulan, beranak semasa 6 bulan 1/2. Berat bayinya semasa keluar cuma 300 g sahaja dan sebesar wang kertas seringgit. Kini selepas 4 bulan beratnya sudah 2.5 kg, perkembangan yg baik. Tapi apa yang menyentuh perasaan saya bila melihat air muka ibu itu ketika bercerita. Wajah seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang pada anaknya, tetapi pada masa yang sama kelihatan seperti ingin menyembunyikan kesedihan hati, walaupun dapat dilihat dari riak wajahnya. Katanya sewaktu mengandung dia banyak mengalami pendarahan dan darah tinggi.. Sebab tu terberanak awal. Masa mula-mula keluar melihat anak sekecil itu, memang dia tak yakin langsung anaknya boleh terus hidup. Tapi baginya hanya doa yang menjadi ubat paling mujarab terhadap dia sekeluarga. Melihat anaknya membesar dari sekecil duit seringgit hingga 2.5 kg, membuatkan saya berasa begitu hebatnya kuasa Allah. Itulah penawar hati si ibu. Bayi kecil itu masih mengalami beberapa komplikasi dan memerlukan perhatian berterusan. Disebabkan itu, si ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak 2 hari lepas dan menjaga bayinya sepenuh masa. Katanya, "sayang jugak kerja, sayang gaji.. duit nak pakai, tapi terpaksa jugak berhenti" Kehidupan sekarang walaupun tidak kais pagi makan pagi, duit tetap menjadi satu perkara pokok terutama dalam situasi begini. Saya boleh rasakan pengorbanan si ibu untuk menjaga sendiri anaknya, dan selebihnya hanya tawakal terhadap Allah.

Bila mengenang kembali pertemuan semalam, saya merasakan apalah sangat keluhan saya menjaga Mikael berbanding dia. Selalu saya geram dengan Mikael sebab suka tarik rambut, tarik tudung, nangis nak dukung, taknak tido, merayap ke sana sini bla bla bla.. Perkara-perkara itulah sebenarnya yang ingin dirasakan oleh ibu tadi bersama bayinya. Sepatutnya saya wajib bersyukur atas kesempurnaan cahaya hati saya.. Walaupun penat melayan keaktifannya, saya tidak boleh merasakan ianya suatu beban, kerana ada insan lain ingin berada di tempat saya...

Pada ibu-ibu ini, saya tabik kepada kalian... semoga kehidupan anda terus dirahmati-Nya.

7 comments:

Nana said...

leen,
sedih baca citer wanita tu. mmg seorang yg sangat tabah, semoga allah permudahkan segala urusan beliau..amin.

leen, bukan ko sorang. aku pon kdg2 stress ngn budak berdua ni..lps baca citer ko ni harap2 hati aku menjadi lebih sabar berdepan ngan karenah mereka. penat seyy dok umah jaga budak berdua ni. mmg tade masa rileks pon. kdg2 ada pon curik2

i_sofia said...

sedey baca. emosi aku. abih la kang x dpt nak kejam sorok puting naufal dah.. dulu masa naufal x brapa paham apa aku ckp, stress jugak. sbb ye la, kita larang dia buat dunno je kan.. tp masa tu sedapkan ati dgn ckp kat diri sendiri yg naufal tu blom paham apa2.. skang ni pulak, pun stress jugak. sbb semua skang dia nk buat sendiri. hish.. semoga kita semua terus bersabar dan tabah..AMIN
*tu anak sorang baru tu.. huhuhu

nieyza said...

lalin, huhu..sob sob..aku mcm insaf lalin baca citer ko..aku siap bacakan utk am..yerlah, biar sama2 ada kesedaran & bersyukur dgn chaya hati yg Allah kurniaan dengan cukup sempurna :D, zahra&najwa...mmg kekdg menguji kesabaran anak2 ni..tapi alhamdulillah kita tak diuji sehebat itu...semoga akak itu teus tabah..insyaAllah..

L-e-E-n said...

Lalin lalinssss : Mode insaf ok masing2 tuk 2 minggu :P. Eh aku nak tumpang iklan tudung kat blog hampaaaa.. hahah.. approve tauuu!! akakakak

niSamiR said...

eh betul ke leen 300g?????baby besar tu takde pulak size utk tubing tuuu...at least baby lebeh 800gm and more than 28wks then baru ada intervention..if 300gm plus 26 1/2 weeks survive mmg it's really miracle.......

dyana "his other half" said...

aku setuju ngan ko leen. apa sangat la keluh kesah kita tu kan. patutnya kita bersyukur!

semoga kita antara ibu2 terbaik tuk anak2 kita. amin.

L-e-E-n said...

Nisa : Betul la kot sebab time aku tengok ritu pun cam kecik la 4 bulan tu.. aku pernah gak tgk baby premature, tp tak pernah tgk la 4 bulan cam agak kecik n sket kurus.. kuasa Allah semua tu...

Lady D : Tu lerrr... trus insap sayang2 mikael wpun nak tercabut selonggok rambut aku dia tarik.. pasni kena pakai shampoo bawang kkk.. :P