Friday 23 April 2010

Melihat hati seorang ibu

Semalam Mikael gi klinik. Dia batuk berkahak dah banyak hari.. so risau la tapi dah jumpa doktor, takde apa-apa yang serius.. ok la.. Tp cerita hari ini bukan cerita tentang Mikael, cerita mengenai perbualan saya bersama seorang ibu pertengahan usia semasa menunggu giliran bertemu dengan doktor.

Ibu tersebut bebadan agak besar, dan sedang memangku seorang bayi yang pada pengamatan saya agak kecil. Katanya anaknya lahir tidak cukup bulan, beranak semasa 6 bulan 1/2. Berat bayinya semasa keluar cuma 300 g sahaja dan sebesar wang kertas seringgit. Kini selepas 4 bulan beratnya sudah 2.5 kg, perkembangan yg baik. Tapi apa yang menyentuh perasaan saya bila melihat air muka ibu itu ketika bercerita. Wajah seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang pada anaknya, tetapi pada masa yang sama kelihatan seperti ingin menyembunyikan kesedihan hati, walaupun dapat dilihat dari riak wajahnya. Katanya sewaktu mengandung dia banyak mengalami pendarahan dan darah tinggi.. Sebab tu terberanak awal. Masa mula-mula keluar melihat anak sekecil itu, memang dia tak yakin langsung anaknya boleh terus hidup. Tapi baginya hanya doa yang menjadi ubat paling mujarab terhadap dia sekeluarga. Melihat anaknya membesar dari sekecil duit seringgit hingga 2.5 kg, membuatkan saya berasa begitu hebatnya kuasa Allah. Itulah penawar hati si ibu. Bayi kecil itu masih mengalami beberapa komplikasi dan memerlukan perhatian berterusan. Disebabkan itu, si ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak 2 hari lepas dan menjaga bayinya sepenuh masa. Katanya, "sayang jugak kerja, sayang gaji.. duit nak pakai, tapi terpaksa jugak berhenti" Kehidupan sekarang walaupun tidak kais pagi makan pagi, duit tetap menjadi satu perkara pokok terutama dalam situasi begini. Saya boleh rasakan pengorbanan si ibu untuk menjaga sendiri anaknya, dan selebihnya hanya tawakal terhadap Allah.

Bila mengenang kembali pertemuan semalam, saya merasakan apalah sangat keluhan saya menjaga Mikael berbanding dia. Selalu saya geram dengan Mikael sebab suka tarik rambut, tarik tudung, nangis nak dukung, taknak tido, merayap ke sana sini bla bla bla.. Perkara-perkara itulah sebenarnya yang ingin dirasakan oleh ibu tadi bersama bayinya. Sepatutnya saya wajib bersyukur atas kesempurnaan cahaya hati saya.. Walaupun penat melayan keaktifannya, saya tidak boleh merasakan ianya suatu beban, kerana ada insan lain ingin berada di tempat saya...

Pada ibu-ibu ini, saya tabik kepada kalian... semoga kehidupan anda terus dirahmati-Nya.

Wednesday 14 April 2010

Saya jual tudung!

Owhhh.. rasa sangat bersalah Mikael dah 7 bulan, blog ni tak berkembang-kembang pun.. pastu pulak bukak blog lain dan boleh pulak carik masa nak update selalu... berat sebelah betul..

Sebenarnya nak bagitahu... saya jual tudung.. hahahahhaha
Kepada yang berminat untuk mendapatkan pelbagai koleksi tudung dan anak tudung syria, jemput la melawat http://naktudung.blogspot.com/.

Pelbagai koleksi baru akan menemui anda!


Owhh Mikael sekarang dah pandai byk benda tapi mamanya bizi nak tulis.. tapi tak merangkak2 lagi, sebab sangat gemar berdiri... macam tak nak prektis merangkak jer.. penat mama tolong gerakkan kaki.. hohohoho.. paling gembira bila nak ambik Mikael di nursery, mesti melonjak2 bila nampak mamanyaaa... awwww chooo cweeettt!