Friday, 27 August 2010

Happy 1st Birthday Ahmad Mikael!!!

Yeay! Mikael dah setahun.. Sekejap je rasanya baby mama ni membesar yer.. Aritu teringat-ingat lagi kali pertama mama cium anak mama... bau babyyyy, wangii sangat.. sekarang ni, bau masam je manjang.. hahahahaha... tak2, mama gurau je.. siang masham, malam mikael wangi.. pastu tido celah ketiak mama, laaaaaagiiii wangi... Mama dah tak tertulis-tulis dah milestone anak mama ni.. mama bizi jual kek raya.. hohohho.. takpe la, semua tu mama dah rekodkan dalam gambar ngan video... nanti kita tengok je balik tarikh tu yer sayang.. owhh, ada mama tak rekod.. masa mikael dah pandai kemas mainan-mainan terpilih mikael sendiri baru-baru ni.. cantek sket hall tu mama tengok..

Mama nak ucapkan selamat hari jadi kepada anak manja mama ni.. Harapan mama semoga Mikael manjadi anak yang soleh, rajin tolong mama buat kerja rumah (kalau tak tolong nanti ayah kena ambikkan mama maid.. hokhokh), rajin membaca dan bila dah tinggi sket nanti tolong mama masak yer.. :P

Selamat Hari Jadi Sayang Mikael!!

Love,
-Mama & Ayah-

Sunday, 25 July 2010

Puding Roti Butterscotch

Heheheh... semalam baru je buat puding roti ni sebab teringin nak makan banyak-banyak dan suami pun sangat sukerrr.. This entry i nak share the recipe dengan semua pembaca tersayang... :) Resipi ni dah jadi olahan dari resipi-resipi yang pernah dicuba/dibaca mengikut citarasa saya.. Cubalah, mesti menjadi kegemaran selepas ini.. huehuehue..


Bahan A :

10 keping Roti Gardenia Butterscotch (kalau u guna roti plain, boleh tabur butterscoth chips)

Kismis

Chocolate chips

Bahan B :

1 tin susu sejat Ideal

3 biji telur gred B

1 sudu kecil essence vanilla

5 sudu besar castor sugar

* Masak semua Bahan B dengan api perlahan sehingga mendidih & sebati.

Cara-cara :

1. Potong roti dalam bentuk kiub kecil dan masukkan ke dalam baking tray. Toast dalam oven pada 170C selama 10 minit/sedikit keperangan.

2. Keluarkan roti tadi dari oven, dan taburkan roti berselang seli dengan kismis dan chocolate chips (juga butterscotch chips jika perlu) di dalam casserole bersesuaian.

3. Panaskan oven pada suhu 180C.

4. Tuang semua bahan B ke atas roti tadi. Bakar selama 25 minit/sehingga perang keemasan.

5. Hidangkan bersama aiskrim vanilla atau sos.

Sos Vanilla Mangga

5 scoop aiskrim vanilla

1 1/2 sudu besar tepung kastad + sedikit air untuk dibancuh

1/2 cawan jus mangga (fresh) or 2-3 sudu besar mango sunquick

*Bancuh semua sehingga sebati.

Sos coklat

100 gm cooking chocolate

200 ml whipped cream

*Didihkan whipped cream sehingga keluar buih-buih kecil di tepi periuk. Masukkan chocolate dan kacau sehingga sebati.

Saya paling suka makan dengan aiskrim vanilla.. Makanlah ikut citarasa andaa!!

Tataaaaaaaa :)

p/s : Sori kalau uols baca macam serabut, tatau blogger skarang susah nak edit alignment.. hmmphhh... X(

Sunday, 27 June 2010

Surprise! Surprise!!

Walaupun sekarang sudah pukul 1.34 pagi, tapi hati ini sangat mahu mencoret detik kenangan manis sempena sambutan hari jadi saya yang ke-2x pada petang tadi (masih 2- di depan :P). Sebenarnya bukan majlis besar-besaran pun (tak perlu pun), hanya bersama keluarga kecil saya dan teman-teman rapat. Cuma menjadi memori indah sebab ianya sebuah kejutan yang saya tak sangka dari si suami. Kisahnya bermula dari hari Jumaat lagi...

Hari Jumaat lepas, saya demam + sakit nak muntah dsbnya. Tengahari tu si Mas B hantar la sms ajak join gugurl's day kat autocity juru pada hari ahad sempena belated sambutan birthday MasB ler. Saya ok jer la sebab siap ada driver dah offer nak tolong pick up.

Tiba-tiba hari sabtu Mikael demam on and off. Bawak ke klinik, malam tu ingatkan esok dia dah ok (sebab demam-demam manja jer).. rupanya tak kebah lagi.. Memandangkan badannya masih panas, saya pun telefon Mas B tuk kansel join birthday celebration dia (siap pesan nak sket birthday cake dia.. gagaa). Maka, satu pagi tu memang saya lepak rumah dengan suami dan Mikael la. Tengahari sambil-sambil layan melodi dan tidokan Mikael, saya minta suami belikan makan tengahari di kedai favorite, Pak Omar. Nak makan sambal ikan keli.

Tak lama lepas suami dah keluar, tiba-tiba sampai la sebuah kereta waja JJN parking tepi pokok serai rumah saya. Saya ni punya la 'cantik' pakai baju yang OMG sambil tengah bagi makan Mikael lak tu.. :P.. Keluar la tiga dara pingitan ni bagi salam gaya baru lepas parti pastu tiba-tiba teringat nak melawat orang sakit (Mikael). Siap bawakan makanan skali.. Saya yang 'lurus' ni ingatkan derang habis hooray2 n tapau utk saya sebab saya pesan nak kek tadi... Kagum gak la sebab tapau tu lauk pauk plus ada cucur seplastik besar.. Rasa macam stok tengok World Cup. Saya pun telefon la suami cakap takyah la belikan makanan sebab Mas B, Amy n Raf dah bawakan nasik ngan lauk, banyak ni.. saya minta dia belikan air je la utk 5 org.. Dalam hati saya waktu tu berkata, 'baiknyer la mek-mek ni.. sambut besday kejap je pastu datang tengok Mikael demam, siap tapaukan utk aku'.. Kena promote kat mak aku suh wat menantu.. kannnn...

Kemudian, suami pun balik... stok air pun sampai.. Saya pun sibuk la carik gelas, jug semua.. Tengah sibuk bagi sentuhan terakhir sebelum nak start makan ramai-ramai tengok suami takde kat dining, ingatkan dah masuk bilik (malu kot ramai gugurl)... tiba-tiba suami muncul di sebalik langsir sambil memegang kek yang berapi-api dah, dan nyanyi happy birthday... Punya la tergejut, memang takleh register dalam otak la.. siap saya tengok dulu tulisan atas kek tu betul ker kek birthday saya (mana tau kot MasB punya).. Tapi, memang kek birthday saya! Rasa sangat terharu, tergezut, terkasima dan sewaktu dengannya.. Tiba-tiba, disebabkan sangat terharu, saya pun mengalirkan air mata (sket je..).. Hahahaha.. Bestnyer! Seronokkksss! Lepas dah tiup lilin, kami pun menjamu selera dengan menu Nasi Ketam Juru yang terhebat.. Gagaga.. I likeeeeeeeeeee....



Tiupan terkasima...


Aksi lawan pedang mama & Mikael.. MasB jadi referee, ayah jadi penonton yang nak ke tandas..


Bunga kek tu mama punya ok, Mikael ambik lilin je.. hohoho


Inilah teman-teman tersayang yang boleh bukak co, 'The Surprise Planner'


Hahahaha.. Mikael muka cam nak gaduh je ngan Auntie B n Auntie Raf

Tidak ketinggalan, ahli ke-3, Cik Amy yang cuba mengambil hati Mikael.. akakak





Manja mama ayah yang demam pok pok ni...


Begitulah kisah sambutan hari jadi saya yang tak seberapa hari ini... Sangat bermakna bagi saya, (mungkin orang lain merasakan biasa saja) sebab sepanjang saya mengenali suami (masih mengenali) saya rasa jiwanya jiwa lelaki melayu.. kurang romantis. Sebab dah bertahun-tahun, bila nak sampai besday saya mesti tanya siap-siap 'tahun ni nak hadiah apa?'.. Hari tu pun dah tanya, tu yang saya lagi tak expect ada surprise pulak.. Tapi kali ni saya salah.. ada naluri romantisnya cuma mungkin dulu tak terkeluar.. Siap tadi nak carikan bunga, tapi kedai bunga dah tutup.. takperla, boleh simpan tuk annivesary plak.. Huahuahuahua....

Terima kasih sayang kerana membuatkan hati ini semakin sayang sayang sayang...!! I Love U

Kepada 'The Surprise Planner', tahun depan bukak co k... Aku sponsor tudung tuk gi surprisekan orang.. muah2 :P


Tuesday, 8 June 2010

Mikael @ 9 months

Hehehe.. tajuk omputih, entry melayu.. :P Sejak ada NakTudung, asyik wat lembab je nak apdate pasal Mikael. hihi.. Kesian anak mama, takde rekod bertulis.. nanti mama 80 tahun dah tak ingat bila Mikael start bye bye, makan, kenyit mata, main eskrim, la la la....

Mikael dah 9 bulan 12 hari.. Jap mama recall balik semua aktiviti Mikael sampai sekarang..



- Mikael pandai kejut mama tido.. Sambil kibas2 tangan kat perut n kaki goyang-goyang.. mulut memang pot pet.. asal bangun je mulut pun bunyi.. Suka jadi cam mama yer, banyak cakap.. nanti besar mama ajar mikael bercerita k.. Boleh masuk pertandingan bercerita sambil pakai baju lebah belang oren-hitam, sesungut besar bola ping pong *pitam*...

- Mikael suka main kutip2 sambil masuk mulut.. dan mama n ayah terpaksa la pegang sambil korek balik apa yg dah masuk mulut tu.. Pastu skng Mikael plak pandai korek mulut mama.. Balas yerrr! Bab bab nnt...

- Kat nursery Mikael yang paling kecik comel.. bila nak besar

anak mama ni.. tp Mikael la yang paling lasak.. Mikael peningkan kepala akak-akak taska tak?? Nanti Mikael setahun kita tukar masuk taska yang best ada banyak toys k... Mikael kan love toys..

- Mikael dah pandai babai.. sambil sebut *ta ta ta*..

- Mikael ajar mama n ayah tangan *yinnadeyyy*.. gagagaga... Dulu pagi2 je tangan mesti yinnaddeyyy.. mikael rasa comel la camtu kan.. mama ngan ayah rasa *isk.. anak sapaaa niii??*

- Mikael dah pandai duk kat highchair... Masa mula-mula letak tu Mikael tak sampai 8 bulan lagi kan.. mama test je Mikael duduk situ.. tengok2 dah boleh duduk ek.. tapi semua hichair lubang besar kan.. Mikael kecik sangat, macam boleh tembus je.. mama ngeri.. tapi kena duduk jugak sebab selalu tu mama lapar tak sabar2 nak makan.. hahahah


Telinga pun lapar jugerrr..

- Mikael dah pandai merangkak, tapi selalunya Mikael tak suka sangat pun merangkak jarak jauh.. Mikael lagi suka jalan pegang-pegang sofa.. tp jarak jalan pun panjang sofa je la... Nanti suh ayah beli sofa sama panjang ngan rumah k.. *larikk*



- Hari tu kita gi makan ayam penyet kan.. Tengah mama syiok makan sambil minum air berbiji kenyal, ayah suh Mikael pok amai-amai.. Mikael terus tepuk.. kalau Mikael nak nangis pun, dengar pok amai-amai, terus tak jadi nangis.. arahan wajib tepuk sangats kan... lawak pulok mama tgk.. pandai dierr..

- Mikael takut kan kalau suara mama kuat.. suara mama memang kuat.. tapi kalau sangat kuat maksudnya mama marah kan.. Mikael dah pandai dengar kalau mama says 'No No No'.. tp kadang2 mikael buat muka choo cweet pastu buat bodo je kan... *geget dierr*

- Mikael suka mama main nyorok2 kan.. mama nyorok dalam selimut, nanti mikael carik, pastu gelak macam esok tak bleh nak gelak lagi lak.. nanti malam ni mama nyorok lagi k...

- Sekarang Mikael dah pandai tido dengan ayah.. Bumper ayah best kan.. Nanti landing situ sambil ayah main telinga terus mikael tido kan...

- Mikael suka main tunjuk2 kan.. Tapi pagi tadi Mikael tiba-tiba tunjuk gaya tangan kebelakang.. mama nak tergelak lak tengok... tak synchronize la mata mulut dan tangan.. hekhekhek..

- Dulu Mikael jatuh katil debuk debuk kan.. sian anak mama... mama shoorryyy.. tapi sekarang Mikael dah pandai turun katil sendiri kan.. mama tak risau lagi.. Mikael kesot2 bontot tembam, pastu turun.. pastu bila berjaya turun, muka cam kagum kat diri sendiri kan sebab dah pijak lantai.. hahahaha..

- Sekarang Mikael suka baring sambil pegang kaki.. kira tu pose2 manja la ekk...

- Aritu mama belikan buku peek a boo kat Mikael.. Mikael pun dah pandai carik mommy n daddy kan.. dah pandai carik mommy n daddy terus tak nak carik yang lain kan... cepat betul Mikael boring.. Lein kali mama beli toys murah je la.. hohohoh...

- Kalau mama pakai tudung syria, Mikael suka main sepit cantik tu kan.. sampai hari ni pun pagi2 je check kepala mama kalau ada sepit cantik, boleh Mikael mamam... choo cweett mamam muka mama.. hihihihih...




Sekejap je Mikael dah besar kan.. Nanti mama masukkan gambar k... Mikael pantang nampak camera, terus posing aksi-aksi palsu... kalau muka sememeh pun tiba2 je ala-ala macho.. mama kena buat cctv kat rumah.. gagaga... I love uuuuuu...

Friday, 23 April 2010

Melihat hati seorang ibu

Semalam Mikael gi klinik. Dia batuk berkahak dah banyak hari.. so risau la tapi dah jumpa doktor, takde apa-apa yang serius.. ok la.. Tp cerita hari ini bukan cerita tentang Mikael, cerita mengenai perbualan saya bersama seorang ibu pertengahan usia semasa menunggu giliran bertemu dengan doktor.

Ibu tersebut bebadan agak besar, dan sedang memangku seorang bayi yang pada pengamatan saya agak kecil. Katanya anaknya lahir tidak cukup bulan, beranak semasa 6 bulan 1/2. Berat bayinya semasa keluar cuma 300 g sahaja dan sebesar wang kertas seringgit. Kini selepas 4 bulan beratnya sudah 2.5 kg, perkembangan yg baik. Tapi apa yang menyentuh perasaan saya bila melihat air muka ibu itu ketika bercerita. Wajah seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang pada anaknya, tetapi pada masa yang sama kelihatan seperti ingin menyembunyikan kesedihan hati, walaupun dapat dilihat dari riak wajahnya. Katanya sewaktu mengandung dia banyak mengalami pendarahan dan darah tinggi.. Sebab tu terberanak awal. Masa mula-mula keluar melihat anak sekecil itu, memang dia tak yakin langsung anaknya boleh terus hidup. Tapi baginya hanya doa yang menjadi ubat paling mujarab terhadap dia sekeluarga. Melihat anaknya membesar dari sekecil duit seringgit hingga 2.5 kg, membuatkan saya berasa begitu hebatnya kuasa Allah. Itulah penawar hati si ibu. Bayi kecil itu masih mengalami beberapa komplikasi dan memerlukan perhatian berterusan. Disebabkan itu, si ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak 2 hari lepas dan menjaga bayinya sepenuh masa. Katanya, "sayang jugak kerja, sayang gaji.. duit nak pakai, tapi terpaksa jugak berhenti" Kehidupan sekarang walaupun tidak kais pagi makan pagi, duit tetap menjadi satu perkara pokok terutama dalam situasi begini. Saya boleh rasakan pengorbanan si ibu untuk menjaga sendiri anaknya, dan selebihnya hanya tawakal terhadap Allah.

Bila mengenang kembali pertemuan semalam, saya merasakan apalah sangat keluhan saya menjaga Mikael berbanding dia. Selalu saya geram dengan Mikael sebab suka tarik rambut, tarik tudung, nangis nak dukung, taknak tido, merayap ke sana sini bla bla bla.. Perkara-perkara itulah sebenarnya yang ingin dirasakan oleh ibu tadi bersama bayinya. Sepatutnya saya wajib bersyukur atas kesempurnaan cahaya hati saya.. Walaupun penat melayan keaktifannya, saya tidak boleh merasakan ianya suatu beban, kerana ada insan lain ingin berada di tempat saya...

Pada ibu-ibu ini, saya tabik kepada kalian... semoga kehidupan anda terus dirahmati-Nya.

Wednesday, 14 April 2010

Saya jual tudung!

Owhhh.. rasa sangat bersalah Mikael dah 7 bulan, blog ni tak berkembang-kembang pun.. pastu pulak bukak blog lain dan boleh pulak carik masa nak update selalu... berat sebelah betul..

Sebenarnya nak bagitahu... saya jual tudung.. hahahahhaha
Kepada yang berminat untuk mendapatkan pelbagai koleksi tudung dan anak tudung syria, jemput la melawat http://naktudung.blogspot.com/.

Pelbagai koleksi baru akan menemui anda!


Owhh Mikael sekarang dah pandai byk benda tapi mamanya bizi nak tulis.. tapi tak merangkak2 lagi, sebab sangat gemar berdiri... macam tak nak prektis merangkak jer.. penat mama tolong gerakkan kaki.. hohohoho.. paling gembira bila nak ambik Mikael di nursery, mesti melonjak2 bila nampak mamanyaaa... awwww chooo cweeettt!

Wednesday, 17 February 2010

Langkawi Feb 2010

Cuti CNY baru-baru ni adalah percutian pertama kami bersama Mikael setelah dia berusia 5.5 bulan. Tiada perancangan awal dibuat pun, semuanya hanya dibuat seminggu sebelum bertolak. Bayangkan cari hotels/resorts/chalet seminggu sebelum raya cina. Dua hari carik baru jumpa *macam carik dalam yellow book je*. Itu belum termasuk cari kereta sewa yang memang harga bagai dilambung-lambung tinggi ke awan.

Awalnya, kami ke Jitra untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu suami. Sewaktu saya masuk ke dalam masjid, ibu saudara suami keliru kenapa pengantin tak pakai baju pengantin. Saya pun keliru kenapa keliru sambil memandang saya. Rupanya dia keliru sebab saya dan pengantin bagaikan seiras. Benarkah?


Ketinggian kami memang seiras :P

Keesokan harinya adalah majlis persandingan mereka. Sekali lagi kami menghadirkan diri bersama Ahmad Mikael yang tido satu pagi dalam kereta taknak bangun-bangun walaupun dah pakai baju bercorak landak hari tu.


Selesai majlis kami terus bertolak ke jeti Kuala Kedah menaiki feri jam 3.30 ptg. Perjalanan dari Jitra ke Kuala Kedah cuma lebih kurang 30 minit sahaja. Tiba di sana, lambakan-lambakan kereta yang parking sudah memberikan gambaran awal suasana di Langkawi nanti. Maklum la cuti panjang. Semua nak pergi beli pinggan mangkuk, cawan, periuk, kain batik, coklat untuk stok raya tahun ini *speku*.

Kami tiba di sana lebih kurang jam 5.30. Macam biasa, ulat-ulat kereta sewa memenuhi jeti menyambut ketibaan para pelancong. Memandangkan kami tak 'book' mana-mana kereta sewa, jadi kami ke resort menaiki teksi sahaja. Kami menginap di Kampung Tok Senik Resort. Itu sahaja yang masih kosong pada harga yang berpatutan.



Resort ni memang Kampung. Rumah kampung kami adalah Rumah Hassan, bersebelahan dengan Rumah Halil dan tak jauh dari Rumah Chot *sangat over*. Mula-mula tu saya agak 'skeptical' dengan resort ni, mungkin membosankan sebab jauh dari pantai dan banyak serangga sebab ia adalah kampung. Tapi bila tiba di Rumah Hassan, hati saya berkata, ooo not bad la jugak.. biliknya luas boleh main guli di tengah-tengah, perincian lampu sehingga suis semuanya memenuhi konsep rumah kampung. Bagus bangat.

Pakej penginapan tidak termasuk bayi yang meniarap itu... (^__^)

Petang tu tanpa unpack terus saya siapkan Ahmad Mikael dan Ahmad Muzani untuk aktiviti mandi kolam. Sangat tak sabar sebab gigih membuat preparation untuk Mikael mandi kolam sehingga mencari floaties di serata Pulau Pinang sampaikan tak balik-balik office selepas lunch hari jumaat *opsss (tutup mulut)*.


Mikael posing tak nak kalah.. Diameter pipi ibu dan anak hampir sama *diet mama, diet*

Malam itu nasib baik kami menelefon seorang pakcik (rekomen dari seorang teman), dan masih ada kereta sewa yang tinggal tanpa mencekik darah. Yerr.. kereta-kereta sewa memang sangat penuh dan harga semuanya bermula dari RM100/hari walaupun hanya kancil *padan muka datang waktu puncak camni*. Pakcik yang baik hati itu cakap "Ada. Tapi yang tinggai pun Iswara ja la. Buleh sewa saya bagi RM80 sudah la". Perlu dianggap harga murah kerana pada hari itu harga Iswara adalah RM120/hari *owh tidakkk*. Pakcik tu siap datang jemput kami di resort sebelum kembali ke jeti. Baik betul.

Maka pada malam hari tu, kami pun berjalan-jalan cari makan di Pantai Cenang. Susana lebih kurang macam Batu Feringgi. Kami makan di Restoran Haji Jailani kerana nampak macam happening walaupun tak nampak dari arah depan happening ke tidak. Hohohho. Restoran tu biasa-biasa sahaja dan menghadap pantai. Satu perkara yang saya menyesal kerana tidak mengambil gambar hidangan malam itu. Siakap 3 rasanya memang menakjubkan *overnyer iii* Hahaha.. Tapi memang itu siakap 3 rasa paling sedap saya pernah makan setakat ni. Sangat lain rasanya mungkin sebab tukang masak dan pekerja-pekerjanya semua nya dari negara 'Kap phun kapppppp'. Tomyam pun sangat best. Cuma yang agak membengangkan adalah service yang memang sangat mengarut dan seperti ada 'langguage barrier' antara pelanggan dan pekerja dan tokey. Maklumat tak sampai gitu. Kami menunggu lama untuk hidangan dan AIR! 3 kali tanya baru air sampai, nasib baik tak tercekik dengan tulang ikan lagi. Nasib lebih malang terhadap pelanggan-pelanggan lain, kerana ada yang tiba lebih awal dari kami tetapi terus menantikan hidangan sedangkan kami sudah pun selesai makan. Gambar ikan yang mengiurkan itu masih ada dalam ingatan, tak sempat ambik sebab terlalu rakus kelaparan pun yer jugak. Gagagaga. Selesai makan, bos kecil dah gosok mata mengantuk, kami pun pulang dan berehat.

Keesokan harinya kami ke telaga harbor, sebab si suami ada misi. "Kalau dapat kerapu, malam nanti kita makan kerapu".



Kami tak makan kerapu malam tu..... *nanges*


Setelah bergambar-gambar, kami pun pergi mencari-cari kedai roti kepunyaan Dr Mahathir yang memang di kawasan tersebut. The Loaf.



Kami makan tengahari di sana. Hidangan adalah memuaskan. Cajun chicken sandwhich saya menggunakan roti bijan yang harum dan sedap. Kami ada juga mencuba roti-rotinya, tapi macam ken-ken la. Rasanya tak se'fantastic' harganya. Huhuhu.. Tapi lunch itu memang sedap.


Mama sangat ngeri apabila Mikael beraksi lapar macam ni.. *geget jari*



Mama kenyang, Mikael 'recharge energy'

Selesai lunch, kami ke pantai Tanjung Rhu pulak. Cantik betul pantainya. Bersih. Pantai Cenang pun dah tak secantik itu. Tapi cuaca sangat panas. Mikael ni kulit manja, panas dan peluh je berbintik-bintik ruam timbul. So aktiviti perlulah lebih bersopan santun dan teratur.


Pantai Tanjung Rhu sangat mengujakan saya, kalau tak sedar ada anak, nak terjun je mandi manda horaay hooray!


Pastu balikkkk. Mikael sambunggggggg

Titonnn

Malam terakhir di Langkawi kami berjalan-jalan di pekan Kuah. Kami dinner di satu kawasan di gelar Wonderland oleh orang tempatan. Di situ terdapat banyak deretan kedai-kedai makan. Kami mencuba makanan barat di gerai EE Burger, lamb chop dan chicken chopnyer sedap. Berbaloi-baloi.. Lagipun kedai ni ada skrin tv besar. Syiokkk! Saya memesan minuman Roselle sebab dia tunjuk siap ada bunga 3 kuntum dalam tu bleh makan. Memang sedap sebab bunga tu rasanya bunga roselle yang telah dijeruk. ada masam-masam cam asam boi sket. Best!


Selesai makan kami berjalan-jalan tengok barang-barang bebas cukai. Apa yang saya beli adalah ferrero rocher 20 kotak = 600 bijik yang dipesan oleh ibu untuk kenduri kawin abangku. Terima kasih suami kerana berpeluh-peluh angkat coklat tu. Lain kali tak buat lagi. Huhuhu.. Untuk diri sendiri? Hanyalah sebuah non-stick pan yang comel untuk masak hidangan cukup-cukup 2 orang. Saya dah malas basuh kuali dan periuk lepas masak.. Voleyyyyy? hokhokhok..

Keesokan harinya kami mandi kolam lagi sebelum pulang. Percutian yang sekejap tapi sangat memuaskan sehingga saya malas nak buat kerja hari ini. Hehehehe...

Review hotel :
Plus - Secara keseluruhan adalah baik. Staff sangat mesra dan melayan dengan baik. Bilik best untuk guling-guling.

Minus - Kesemua kemudahan agak jauh (maklumla rumah kampung sebijik-sebijik), maka perlu naik shuttle yang disediakan atau kereta sewa. Bufet sarapan paginya biasa-biasa sahaja, perlu lebih kepelbagaian.





Friday, 22 January 2010

Aku, kelas dan student

Feel mengajar student ni best gak... Sebab rasa besar je duk depan semua orang dengar kita cakap tak kira betul salah.. akakaka.. padahal budak2 yang dengar pun.. betul salah janji muka konfiden.. gagagag... Sejak masuk minggu ketiga mengajar ni, aku nak share beberapa peristiwa yang menggeletek hati aku bila aku teringat balik... :D

Hari pertama bersama kumpulan pelajar kedua aku... Sebelum mulakan lecture aku saje la nak buat sesi introduction lecturer dan pelajar sebab groupnyer kecik je dalam 20 orang.. Setiap pelajar aku minta tuk perkenalkan diri, asal dan hobi.. Selepas beberapa pelajar berbuat demikian, tibalah giliran seorang pelajar lelaki yang comel saiznya...

Saya : ok, ur turn ...

Pelajar comel saiz : Nama saya XXXX bin YYYYY. Tapi madam boleh panggil saya TEDDY! (sambil tersenyum lebar)


Awwwwwwwww... gebu, montel dan empuk..


Sehingga hari ini aku suka menggunakan teddy untuk dikaitkan dengan contoh-contoh diberikan.. bagus budaknyer.... hokhokhok..

Untuk semester ini aku kena mengajar slot malam 8-11 pada setiap hari selasa. Pada suatu malam, sebelum memulakan kelas, aku bertanya kepada mereka sekiranya boleh untuk diawalkan slot ini...

Saya :
Kalau kita awalkan kelas ni ke pukul 6 atau 7 boleh tak?

Pelajar 1 :
Pukul 6 tu saya ada kelas bahasa Spanish madam.

Pelajar 2 :
Saya kelas CAD sampai pukul 7.

Saya :
Hmmmm... tak boleh ekk... Ok2, kalau kita tukar slot 3 jam malam ni jadi 2 jam, dan jadikan slot hari Khamis 3 jam. Tapi kita kena pakai break time kul 1 tu la. Ok ke?


Tiba-tiba kedengaran suara lantang dari jauh...


Pelajar 3 : Madam, Haghi Khameih tak bleh kacau madam.. Haghi Khameih haghi tak bercakap dengan oghang...

Saya : Tudia hari tak bercakap dengan orang..

Pelajar 3 :
Tak bercakap dengan oghang la kelaih saya direk daghi pagi sampai kui 10 malam.. tinggai break tu ja la....


kehkehkeh... next time kalau sesapa sambung blajar wat phd 24x7.. kira minggu tak bercakap dengan orang la....


Dan peristiwa paling aku tak tahan adalah peristiwa yang aku tiba-tiba malukan diri sendiri.. aiyoyoyoyo... Kejadian berlaku sewaktu kelas malam baru-baru ini.. Pelajar-pelajar kelas malam ini adalah antara pelajar-pelajar yang kelakar. Satu yang aku kagum dengan student kat sini derang sangat respek dengan lecturer walaupun kebanyakan lecturer di sini kategori muda.. almost 30 (macam ehemmmm) or 30-an gitu la.. Sangat mendengar kata walaupun suka buat-buat lawak. Dan bila tanya soalan selalunya soalan sangat ikhlas bab-bab tak paham tu sampai kekadang aku sendiri pening camna nak jawab... huhuh.. tapi keinginan nak belajar tu yang buat aku tak sampai hati nak biar pelajar-pelajar ni balik hostel blank blank...

Ok ok sambung peristiwa memalukan itu.. Di suatu kelas malam ini...

Saya : Alright, last week we discussed about tensile stress and ductility. So, apa yang penting dari topic tersebut?

Kelas diam dengan wajah-wajah pelajar memandang sesama sendiri.. (pose biasa bila takut terpilih kena jawab... aku dulu pun camtu.. gagagaga)

Saya : Hmm... apa yang pentingggggggg??

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku sambung pulak

Saya : ..bukan kerjasama okehhh...


'HAHAHAHAHA' satu kelas bergema dengan ketawa termasuk aku yang ketawa malu bercampur tah hape-hape... walaupun lawak itu telah berakhir aku masih tak dapat mengawal senyum kambing sehingga kelas tamat...



kehkehkehkeh....

Saturday, 16 January 2010

R.E.D

13.01.10 was R.E.D at Kenny Rogers. R.E.D for Rogers Eating Day. So you can have a quater chicken meal and get another one for free, but you gotta wear something that is red as the term. I knew bout this R.E.D day from an email. Since it's been a while since we last ate at KR (sebab ayam dia dah kecik :P) so i decided to gave my husband a treat.. Keji kan treat buy 1 free 1... Hahahhah.. Ok la tu untuk seorang bekas surirumah merangkap pekerja yang belum dapat gaji.. summore I love the muffin and he wanna to start eating healthy... the R.E.D purpose is to introduce healthy eating menu to the people, so why not we support it... *ayat penyedap selera* hokhokhok. Excitedly, we both wore red shirts and baby Mikael wore blue suit with red snails pattern and made a move to Sunway Carnival.


When we reached at KR, there was a line of about six people and that sixth person was the last person for the day... I looked inside the restaurant and it was full with redders.. Nice energy.. Felt a little bit frustrated as I was drooling for the muffin since we were on the way there. But it's ok. Bukan rezeki...




So we end up having our dinner at my husband's all time favorite fast food restaurant.. KFC.. Well, my husband's and my best friend's all time favorite is KFC.. mine?





still McDonald's :D

Saturday, 9 January 2010

Selepas seminggu bekerja...

Hari ni hari Sabtu.. Dah lama saya menanti untuk menikmati hari Sabtu macam hari ni.. Letih bekerja hilang, rindu nak main dengan Mikael dah bleh main puas-puas, mandikan Mikael, takyah masak, kemas rumah pun takyah (bangun-bangun tengok2 rumah dah kemas, 'terima kasih sayang'), bestnyer kehidupan... *voleyyyy??*.. Seronoknyer dapat bekerja kembali.. Serius.. mesti sebab saya baru kerja saya rasa seronok la kan.. Hahahah.. tapi kalau ikutkan pun frankly, saya memang suka kehidupan bekerjaya walaupun bergelar ibu.. saya tak betah duduk di rumah. Seronok duduk di rumah layan Mikael, tapi saya menanti hari nak masuk kerja sebab saya suka bertemu dengan orang baru, suasana baru, tugasan-tugasan yang bila saya bangun pagi saya tahu ada sesuatu untuk dilaksanakan hari ni selain dari tugasan-tugasan rutin saya sebagai isteri dan mama.. Mungkin jugak saya suka sebab kerjaya baru ini sangat-sangat flexible dan kurang stress kerja sebab ia hanya memerlukan saya untuk pandai meng'organize'kan jadual dan tugasan saya.. Agaknya saya akan stress bila dah start jumpa students kot ,atau bila sampai turn untuk buat PhD.. hahahah.. Semasa bertemu dengan Dekan tempoh hari (Dekan adalah x-I***l juger), katanya, "Kerja kat sini nanti jadi gemuk".. A lot of meetings, a lot of food prepared for the meetings, a lot of time of your own and less stress compared to I***l.. so jaga-jaga... Hahahaha... Pengalaman bekerja seminggu ni rasa best jugak walaupun sibuk kena organize sendiri hal bilik.. opsss bilik di sini kongsi-kongsi (dulu ingatkan dapat bilik sorang satu :P), settle dokumen-dokumen dengan HR, seminar dan paling membizikan diri adalah workshop untuk update syllabus ke format baru menepati piawaian MQA.. Tiba-tiba terus pandai kira camna nak prepare credit hours, SLT bla bla bla... Isnin depan tak sabar nak mulakan kelas pertama walaupun slides belum siap lagi.. Heheheh...

Tentang Mikael, terima kasih atas komen-komen yang diberikan.. Mikael sekarang rasanya dia ok duduk di nursery ke-2 tu.. saya nak buat spot-check pun senang.. hari pertama hari tu dia nangis banyak jugak rasanya sebab masa balik rumah tu suara dia macam takde.. huhuhu.. sedih jugak tengok, tapi tak nangis.. ewahhhh... kentalll okehhh... tapi hari-hari seterusnya dia dah ok.. Minum pun dah banyak.. dan paling kagum, semalam... Malam semalam dia pandai tido sendiri... hohohohoh... *tepuk tangan* Saya biarkan dia di atas katil sambil baring-baring.. Lepas tu Mikael meniarap tonggeng-tonggeng sambil hisap jari... Saya terlelap, bila suami kejutkan tengok-tengok Mikael dah tido.. Mama sayaaaaaaaaannnnggg diaaaa!! Nanti dapat upah toy baru okehhhh!! Saya harap duduk di nursery ni Mikael dapat jadi lebih berdikari... *tapi balik rumah, otomatik manja nak suh dukung, peluk2* ;))

Saturday, 2 January 2010

Kisah Mikael dan Nursery...

Awwwww... sob sob sob... Mama Mikael sangat risau risau dan risau lagi... Al kisahnyer, di saat-saat akhir ni Mikael macam takde orang yang sanggup jaga la pulak... Huhuhuh... kesian anak Mama.. Early Dec ritu dah dapat babysitter yang baik jiran belakang rumah.. baru-baru ni cuba la hantar Mikael duduk sana separuh hari camtu... saje nak bagi dia tak terkejut.. tapiiiiii nampaknya Mikael dah pandai sekarang ni.. Dia dah kenal orang (4 bulan dah pun).. Dia tau mama tinggalkan dia, apa lagi.. TERIAKKK laaaaaa!! Aduyaiiii... Dah la anak aku tu kalau menangis memang satu taman bleh dengar kot... memang dengar la dari rumah aritu... Akak tu pun cam panik, 2 kali aku patah balik pegi tengok... aku sampai, dukung dia je terus senyap.. huhuhuh.. akak tu pun ada cakap dia risau jugak kalau menangis camtu, mungkin maksudnya dia takut tak mampu nak jaga... so aku balik tu, pikir-pikir, rasa kena carik tempat lain. So decide la nak try hantarkan kat nursery dekat dengan tempat keje.

Semalam try la hantar kat nursery tu half day.. Yang handle baby kat situ sorang je, Mak Long namanya.. Agak berusia la tapi dia dah lama jaga baby. Aku rasa cam konfiden la jugak mebi dia boleh handle Mikael. Pukul 1 petang pegi la ambik.. Tapi sebelum ambik tu owner nursery tu panggil aku nak bincang.. Dia pun explain yang derang tak boleh jaga Mikael.. Sebabnyer, Mikael macam need extra attention.. bukan extra la kot, mebi semua attention... Hahahahah.. dia kata macam kena main dengan dia selalu la kalau tak dia nangis dan nak kena dukung.. Yelah mebi sebab kat rumah aku duk mengadap dia main selalu kan... Pastu aku tak nafikan la, Mikael macam susah nak suh dia tido.. Sebelum tido tu mesti nak merengek dan kalau tak kena cara nangis dulu pastu lelap.. Dulu lepas menyusu tido, tapi sejak dah besar ni perangai pun dah lain.. Pastu dia kata sesuatu yang aku kurang setuju tapi itu pendapat masing-masing aku angguk je la. Sebab aku tak ajar campur susu formula dekat Mikael.. Menurutnya, anak aku bonding ngan aku kuat sangat sebab tu dia taknak dengan sapa-sapa.. Peliks peliks.. Kalau bagi formula pun mesti anak tu mau kat mak dia jugak sebab mak dia yang bancuh susu tu... huhuhu... Pastu lagi, cam penjaga tu susah nak bagi susu kat Mikael sebab Mikael nak menyusu position macam menenen..Actually tak jugak, cuma selalu tu kalau susu botol aku pangku Mikael atas bantal, Muz pun pernah bagi dan akak babysitter tu pun bagi macam tu, Mikael minum je.. Aku takut nak tinggalkan dengan babysitter takut cam Mikael menangis tak berenti ke dia tatau nak buat apa dia tensen ke camne camne kang Mikael jadi per-per lak.. huhuh.. Kalau nursery tu cam ada orang lain boleh tolong tengok skali.. Cuma nursery yang aku antar tu taknak la Mikael yang manja ni.. huhuhu.. anak aku manja... salah ker?? Huwaaaaa... Tapi kesimpulan dari laporan prestasi Mikael (terasa macam jumpa guru besar skolah je sebab mikael pukul budak.. voleyyyy?? ) owner tu nasihatkan cari pengasuh yang boleh bagi full attention kat dia.. Tapi aku kena carik pengasuh yang memang tak buat keje lain la.. yang tak masak tak basuh baju tak kemas rumah camtu la... wujudkah manusia macam tu?? The Nannyyyyyy.. lalalalala..

Lepas balik dari nursery tu, uwan Mikael ada sini.. so mama ku suruh pegi tnya nursery lain dekat rumah abang aku... petang tu pegi la kan.. Nursery dan orang-orangnyer ok (biasala first time jumpa).. Soal siasat semua, yang jaga baby ada 3 orang.. dan max baby sorang jaga adalah 3 orang.. Tapi baby yang ada tu dah lama duk situ kurang meragam.. so untuk permulaan dia kata sorang boleh bagi attention kat Mikael dulu sementara Mikael nak adapt kat situ.. lagi 2 boleh jaga baby-baby lain tu.. Aku harap betul la apa yang di kata.. Hopefully Mikael cepat adapt, tak menangis sepanjang masa... Lagipun nursery tu dah biasa handle dan encourage susu ibu, opposite dengan nursery sebelum ni.. terasa cam ada support la jugak... Aku rasa normal la baby nangis kena tinggal, cuma sedih la jugak dengar bila orang tak sanggup nak jaga anak kita.. mungkin sebab anak aku nangis dasyat giler... Huwaaaaaaaaaaaa.... Last option kalau semua ni tak boleh jalan, terpaksa carik nanny yang memang tugas jaga Mikael la jawapnya.. Tatau la ada ke orang yang sanggup.. Kalau ada sesape yang nak berkongsi idea bagitau naaaaa... gagagaga...


Ni la muka anak manjaaaaaaaaaaa... Muah muah muahhh..


Thursday, 31 December 2009

Good bye 2009.. Welcome 2010

Owhh.. sepatutnya malam ini perlu tekun mengulangkaji subjek untuk minggu hadapan, tetapi hati ingin membuat entry penutup bagi 2009, maka 5 min rehat dah jadi berjam-jam rehat.. huhuhuh.. Baru lepas belek-belek kembali entry yang dolu-dolu, rupanya saya takde pun catat kat mana-mana azam tahun 2009.. (ada ker azamnyer??) Hohoho.. tah la.. mungkin sebab terlalu teruja memulakan 2009 dengan 'I'M PREGNANT', lantas azam nyer nak beranak dengan selamat la kot... hahahahah... Apepun 2009 merupakan tahun terindah sebab telah bergelar seorang ibu.. Bestnyer tak tergambar dengan kata-kata, walaupun penat melayan kerenah si kecil, tapi bila tengok je muka 'manja-manja ambik ati' Mikael tu, sejukkkkk ati.... Pandaiiii Mikael wat tektik tak nak kena marah kannnn :P Alhamdulillah tahun ni jugak rezeki kami sekeluarga semakin murah, ibarat maksud nama Mikael (pembawa rezeki). Mama pun dipermudahkan mendapat peluang jadi lecturer, ayah terus berusaha gigih memberikan yang terbaik untuk keluarga, semua yang Mikael nak (mama mintak bagi pihak *lalala*) mesti ayah tunaikan.. ayah kata hanya yang terbaik untuk Mikael.. Tapi kalau ada adik Mikael, ayah kata 'guna yang second hand pun okehhhhh!!' Gagagaga... Penutup 2009, akhirnya selepas sekian lama, kami ketemu juga dengan rumah yang menepati selera, lokasi dan harga.. Alhamdulillah.. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga 2011..

Kini ingin dicatat azam 2010 supaya diri menjadi lebih berdisiplin dan berdaya saing.. wahhhhh.. macam baru keluar dari BTN... tapi apa yang ingin dicapai lebih bersifat peribadi...

- Menjadi ibu, isteri dan anak yang lebih mithali.. Boleyyy kerr?? Hahaha.. Perlu diusahakan kerana 2009 banyak menduga diri ini hingga seringkali kesabaran bergoyang-goyang..

- Ingin melihat diri sebgai seorang pendidik anak bangsa yang tulus dan telus di hujung 2010.

- Ingin melakukan sesuatu dengan kek coklat lembap saya yang glemer tu.. Glemer ke kauuuu?? Huhuhuh.. Harap sekurang-kurangnya berjaya membahagikan waktu untuk memulakan perancangan/pelaksanaan bisnes secara online..

Insya Allah..... Amin

Wednesday, 16 December 2009

Have you ever...

Have you ever feel like being rejected for vocally speaks your opinion? An opinion is not necessary has to be true, but isn't an opinion has it's right to be justified so it will not end up as just a belief... Someone called me shallow today because of my opinion... I usually speaks base on facts, I read stuffs although I am not a bookworm, I communicate and I usually know what I'm talking about except maybe on celebrity gossips. Although maybe there's a doubt on the fact but a clear explanation on 4W1H will help me to justify and digest more or should I called it benefits of a discussion. When I'm not clear on the subject, it will increase my doubts because I know I will always look for a reason behind everything. I don't mind being rejected if what I believe is proven wrong. Appreciating other people's opinion is important even if it's not applied for the present but you'll never know if it will 30 years later. I may look dumb, but rejecting an opinion to make you feel better will only make you a shallower person than maybe 'me'... N

Monday, 14 December 2009

MAM MAM MAMA....

Lagi dua minggu sudah nak bekerjaya kembali.. hohoho.. berdebar-debar.. second week of Jan my class will start.. banyak tak revise lagi niii.. Aawww ya aaaww awwww.. huhuh.. Something exciting happened recently.. but not going to share it yet until it's completely ready... Mikael skarang macam biasa sehat.. tengah nak meniarap on another side plak.. aritu kiri, skarang ni kanan.. hari tu he was on another growth sprut, cuak mamanyer takut susu tak cukup... huhuhu.. but now back to normal. Tapi nak kena pam sekerap mungkin sebab diri ini sudah start period... huhuhuh... Thought of having barley today probably helps to boost my milk production.. Babysitter pun dah settle.. Jiran belakang rumah ni jer.. Kena sediakan barang-barang untuk letak kat rumah babysitter lak pasni... Medical check up tak buat lagi.. hohoho.. banyak lagi benda tak settle sebelum keje sebenarnyer ni... nway, saya dah tukar kepada MAM untuk Mikael.. Been using it for few weeks already and he's loving it.. First time bagi pun terus dia suck tanpa ragu-ragu... Since i'm not thinking of changing back to Avent, I wanna to let go 3 Avent bottles (all new) - 9 oz bottle (2 available) and 4 oz bottle (1 available). Kalau sape2 yang ingin beli please let me know ok...

Rasa diri choo cweeettt.. hokhokhok....

Wednesday, 2 December 2009

Meniarap.. merayap..

Hihihi... Mikael ku telah berjaya meniarapkan dirinya sendiri secara rasmi malam 29 Nov hari tu.. Genap 3 bulan 2 hari usia Mikael.. Hoooray! Hoorayyy! Mama & ayah sangat suker... Ingatkan lambat lagi nak terbalik, rupanya lepas dia tunjuk skil hampir nak tiarap atas sofa ari tu, kejap je dah tiarap sendiri. Nak share la ideo yang di ambil keesokan paginya di kala mak dan anak tak mandi lagi.. Hohoho.. Mama yang excited bangun-bangun terus angkut mikael depan tv nak suh tiarap semata-mata nak rekod. Hahahah...



*opsss.. sokseksoksek tu bukan nanges okehhh.. mama shelshema :P

Hari tu aku dah dimaklumkan tentang subjek yang akan diajar.. 2 subjek je.. Ewah 'jerrr'... tapi satu tu Thermal Science yang ada THERMODYNAMICS.. OMG!! huhuhuh.. dulu pun mcm nak kantoi je subjek Dr Jijan tu.. skng ni kena ajar lak, gila byk revision kena buat.. huhuh.. satu lagi memang subjek yang aku rasa lepak sket.. Engineering materials.. hohohoh... seminggu 15 jam mengajar, purata 3 jam sehari.. sukerrr.. Harap-harap stress dengan budak-budak ni lebih menyeronokkan dari stress dengan objek kaku dan objek bernyawa semasa di kilang dulu.. Lagipun hasrat di hati bukan sekadar berkongsi ilmu, tapi ingin menjadi pensyarah faveret *pitam* (mode perasan pose-pose pegang piala)... akakakakak... tah la, tapi sekurang-kurangnya lecturing adalah sesuatu yang ada dalam list kerjaya yang disukaiku... cuma rasanya bermula lebih awal dari yang dijangka... hihihi...

Ok lah, ingin beransur untuk memasak makan malam hari ini... dah habis idea nak masak apa... mode paling malas adalah masak kicap! huhuhuh...

Thursday, 26 November 2009

Esok Mikael 3 bulan

Yup, yup.. esok Mikael masuk 3 bulan.. timing ngn Raya Haji, semoga Mikael terus dilimpahi rahmat dan rezeki dariNya... Hari tu terasa macam nak bukak blog khas untuk Mikael.. Konon-konon diari perkembangan diri Mikael, tapi disebabkan blog mama sendiri bersawang-sawang selalu, batalkan je la niat tu..:P.. Terasa sangat cepat dah 3 bulan bergelar MAMA.. Mikael pun makin lasak, menyot-nyot sekarang pun sampai ditendang-tendangnyer diri ini.. Tapi kasih mama, tahan jerlah sambil babab-babab manja kat bontot.. Hari tu pergi kenduri rakan suami, seorang teman bertanya "Anak hang ni memang buaih kaaa??" *pitam*.. huhuhuh... Mikael buaih kalau orang lain dokong kan, tapi mama dokong Mikael peluk mama balikkkk... Mikael suka bau susu mama... Hahahaha... Mama suker je anak mama melekat dengan mama, terasa Mikael sayang mama jer (dan ayah)... hihihihi... Disebabkan hari-hari tengok Mikael, sampaikan mama tak perasan banyak perkembangan Mikael dah sekarang ni..

Mikael pandai ajak mama sembang.. Pagi-pagi bangun tido je Mikael mesti senyum tengok mama.. Kalau mama bagi salam "Assalamualaikum, Mikael ada rumah tak?", mesti Mikael nak jawab balik. Semoga bila besar nanti banyak mulut macam mama okeh.. akakakaka..

Mikael suker dengar Mama nyanyi masa nak pakai diaper dan masa nak tidur.. Mama nyanyi Twinkle twinkle, London Bridge dan ABC.. Nasib baik Mikael lahir, kalau tak mama tatau yang lagu London Bridge tu ada empat rangkap.. huhuhu..

Bila mama muncung mulut, Mikael pandai tiru mama, mama jelir lidah, terkumat kamit Mikael nak jelir lidah jugak, bila mama nyanyi ABC Mikael pun sibuk nak ikut jugak mulut mama. Tapi mama boleh angkat lidah ke atas, Mikael tak boleyyy?? *lalalal kena buli*...

Mikael kalau nak tido, Mikael suka garu telinga macam gatal sangat je.. Dulu mama rasa nak tolong garu, tapi terjejas keasyikan Mikael yerrr?? kesian kesian...

Sekarang Mikael dah pandai pegang ring toy Mikael sendiri.. Hari tu Mikael ambil spek mata ayah, terus mama testing Mikael main toy sendiri.. Mama sukerrr..


RASA DAH TERROR, MIKAEL NAK TOY BARUUUUU!!! *mama pitam*


Masa kita main kad imbasan, mama suka tengok muka Mikael. Mikael ada gambar favourite kan, kalau tengok je, terus senyum dengan gelak tak jadi, sambil menjerit2... Tapi kalau Mikael tak suka gambar tu senyap berkerut-kerut kan... Tak lama lagi Mikael dah boleh main kad berwarna, mama suka sebab aritu mama dah borong abis kupon Borders RM100 ayah dengan kad imbasan dan buku cerita untuk Mikael. Ayah telan air liur sajork katanya.. huhuhuh

Ada benda yang mama keliru dengan anak mama ni, naper Mikael suka nak nanges kalau nak kentut? Sakit ke kentut tu sayang?? Cuba tengok mama ngan ayah kentut.. rilekkss jeee, sambil pose minum air sirap.. huhuhuhu..


Kentut dalam tido macam ni kan senang.. huhuhuh..


Bila mandi Mikael dah tak nangis, Mikael suka mama wat pool dalam besen tu kan.. nanti bleh percik2 ngan kaki...

Ayah suka ajak Mikael jalan-jalan pusing meja kan.. Mikael angkat kaki sket-sket, bleh tertido mama tunggu habis pusing meja.. tapi ayah kata Mikael dah malas nak angkat kaki jalan sekarang ni... Mikael kata, buat apa bersusah payah kalau ayah boleh dukung kan.. *pandainyerrrr (menjawab)*

Baru-baru ni Mikael dah pandai nak cuba-cuba meniarap.. Kalau letak kat sofa sambil tengok TV, mesti berusaha gigih nak meniarap kan.. tapi tangan tak lepas.. Kesian anak mama. Takpela, cuba lagi yer sayang.. Mama harap dapat tengok Mikael meniarap sebelum mama kerja nanti..


Debok tak kaki Mikael mama?? Ni la 'Michelin' mama..


Sebelum mandi, mama selalu main dengan Mikael kan (buat-buat lupa pulak dia).. Mikael suka wat aksi bagaikan johan kalau mama tanggalkan suar dia... Mikael get ready mama nak cabut baju kan... i luvvv uuuuuu... Kalau nak pakai diaper pulak Mikael suka jadi siput... tapi ayah cakap mama kelirukan Mikael dengan spesis haiwan... patutnyer tenggiling *sedey*... huhuhu

Hari tu ayah cukur rambut mikael kan, tapi separuh je sayang ekk.. Kesian anak mama botak separuh... Nanti shaver baru sampai kita cukur kasi kilat okehhh!!


Pandai yer ayah ambik kesempatan time Mikael tido.. Babab ayah... huhuh


Tapi dalam banyak-banyak peristiwa bersama Mikael, yang paling mama suker adalah bila Mikael dah pandai buat ni masa tidoooooo...........









Jangan la tengok auntie, Mikael MMMMAAAALLLUUUU!!!







Wednesday, 11 November 2009

Outing pertama bersama sehelai jeans biru

Seminggu lepas makan jamu NR tu, berat hanya turun sekilo, tapiiiiiiiiiii jeans saya yang selai tu dah boleh muat dengan selesanya.. Horaaay hooraaayy!! Ada sehelai lagi jeans yang sudah muat skarang ni dan selai lagi cargo pants yang hampir muat untuk dizip... akakakakaka.. hati sangat gembira.. berat turun sikit pun takpe la janji muat seluar.. gagaga...

Sabtu lepas, saya dan suami ke Penang mencari rocker untuk Mikael.. Yup, saya memerlukan alternatif lain sebab sejak dia dah pandai mengiring ni asyik nak tangkup badan je dalam buai tu.. Dan sangat susah nak bagi tido dalam buai tu, asyik menjerit-jerit sebelum tido lena.. Itu jugak antara sebab kenapa banyak nota-nota stress dikeluarkan di dalam facebook.. Tenaga saya bagai disedut-sedut dan kalau ada indicator energy kat dahi tu mungkin hanya tinggal suku bar.. Itupun tenaga baki untuk berfacebook.. akakakakak...

Menarik bagi saya pada hari itu adalah apabila suami membawa makan di kedai nostalgia Pak Hussein Tomyam dekat Kg Tersusun Sg Ara.. Rasa cam wowwieee sebab saya antara segelintir orang yang melihat perkembangan kedai tersebut.. Dulu kedai tu bukak dengan meletakkan warung-warung pondok nipah di tepi jalan tu je, kerusi pun besi je.. Tapi kami umat-umat G4 (Wenn, Ejah dan saya) sangat sukerrrr makan kat situ sebab time bujang balik keje dah penat.. Baik makan kedai jer... dan kedai tu sedap serta dekat dengan rumah kami.. Lepas 2-3 tahun camtu, Pak Hussein letakkan Gelas Jumbo berlampu kat depan gerai dia.. 5 batu lagi dah nampak, dengan penambahan kerusi yang sedikit cantik dan pondok-pondok nipah tu dah takde.. Dan kini selepas 5 tahun, Pak Hussein telah menukarkan kedainya bak sebuah restoran.. Syabbbbassss..Berkat dan rezeki Pak Hussein masak sedap2.. heheheh...


Mikael sengaja membuat aksi sedih supaya ayah akan membawanya kira bendera depan kedai Pak Hussein.. :P


Sesudah kenyang perut suka hati, kami pun bertolak ke Queensbay.. Saya dah target nak pegi ke Mom's Care untuk tengok rocker tu.. Sampai je kat sana, belek-belek la rocker yang ada, dan rocker yang saya survey sebelum itu ada sale.. Lantas terus hati berkata, let's bebeh!! hahahaha.. Letak Mikael yang mamai-mamai tu di dalamnya, terus senyum-senyum kambing seolah-olah berkata, "belikanlah, belikanlah".. Kalau dah besar cakap macam ni selalu bleh ranap poket mama dan ayah.. Kena buat aksi Nieyza, "Main jer, beli No no noooooooo".. akakakak

Selepas membeli barang yang satu itu, ayah pulak berasa kalau ada rocker yang lebih besar pun best, ayah pun mau bermanja... Nampak la satu di tepi escalator, lalu ayah pun mencuba dengan bayaran RM1.

Ini baru konsep "Main jerrrr, beli? No no nooooo".. hahahahaha


Habis berjalan soping mata kami pun singgah sekejap di tepi pantai. Saya yang beria nak pegi pantai yang tak secantik mana tu.. hehehe.. Konon-konon mau posing ambik gambar cun bersama Mikael.. Tapi disebabkan Mikael mode mengantuk, gambar yang terhasil tak brapa cun.. setiap kali bergambar bersama mama suka tak tengok kamera... tapi bila dengan ayah, posing baiiikkkk punyaaaa!! Diskriminasi ke apa?? Mama catu bekalan susu baru tauuu! Huahuahauhau... Owh ya, selingan.. Hari tu saya mencuba petua yang diperoleh dari komen2 dalam fb (multipurpose betul fb ni), rebus longan kering + red dates + gula batu dan minum airnya.. Wowww... berkesan.. Siapa yang berminat silalah cuba.. Yang tak beranak pun mungkin boleh melimpah susunya.. wakakakakak...


Terpaksa posing senget sebab Mikael taknak pandang kamera, sambil mengeluarkan ayat, "i dah kuruskan????" akakakaka....


Kalau posing dengan ayah siap boleh buat mulut shekshi... (>_<)


Habis posing balik je la rumah kan... Mama yang tak sabar nak pasang rocker baru dia, tapi last2 ayah gak yang pasangkan.. Hahahahaha...

Mikael buat-buat gembira takut mama kecik ati tak suka rocker baru... Hahahahah...

Kesimpulan setelah memiliki rocker ini adalah saya berjaya mendapatkan kembali sedikit masa untuk diri saya sendiri... Mikael tak tido la dalam rocker ni sebab dia masih ingin tido bersama 'upah'nyer. Tapi at least apabila diletakkan dalam tu, dia senyap dan pagi-pagi saya boleh mandi sehabis baik tanpa perlu berlari keluar dari bilik air dengan rambut masih bersyampu, mulut berbuih2.. huhuhu... Rocker tu jugak skang saya gunakan untuk dia releks sambil tengok kartun, bermain flash cards dan membacakan storybooks padanya.. Harap-harap bila dia dah biasa di situ dan pandai minum dengan botol nanti boleh terus tidokan je dalam tu.. Lebih banyak masa mama untuk berfacebook... wakakakakak.. :P

Owhh, saya sudah potong rambut pendek, ala-ala gaya modern mum.. hahahahaha.. Suami cakap lebih cantik berambut pendek dr panjang... awwwwwwwwwww.... aummm aumm.. hahahahah...

Sunday, 1 November 2009

anotitleentry

It's 6 am and i didn't sleep since 3 am as my baby is having fever, his body temperature is 37.7 C.. probably because the 2 months injection he got yesterday.. So nothing much can be done, ubat dah bagi and i help to cool him down tadi, macam biasa lap ngn air sejuk.. he was so sleepy that he end up sleeping soundly after a big cry. As long as he can sleep and breastfeed, i'm fine..

Am feeling my life is like a roller coaster rite now. Sometimes things are wonderfully shared, occasionally fun is just lost in the crowd, most of the time it felt ordinary and just rarely found the it. There's a hope and wishes in every prayers, a desire in each heart but i guess it might not been answered yet as if a punishment for my negligence towards Him. My body starts loosing, physically i lost my momentum yet still keep on gasping, for life is better to be lived at best. To cherish what I have at times felt harder but being thankful of what's given is a must because what I gave back probably not as equal as I thought. In the end of the day, too much of fairy tales will only drown me consciously for the reason I am not living with another woman....

A paragraph of my little voice sound annoying eh.. hahaha.. lantak la. just thought of listing down some occurrence since my baby was born.

- My confinement month was challenging, enjoyable but sometimes stressful because of the pain, inexperienceness and exhaustion. Having my mom around was the biggest help, i can't ask for more.

- My baby had a nose block at 1 week old and occasionally he is still having the problem. BTW, i sucked his mucus 3-4 times... allowing him to breath make me felt like i'm a big pipette :P

- Met my long time no see MRSM classmate, Didie.. She came to visit mikael and me when i was at Kuantan for 2 weeks. Met her gorgeous baby HA (Aufya kannn.. hahaha). Dia hisap jari kaki, giler klakar... akakak..

- I just took NR jamu after 2 months.. After 2 days of trial, my breastmilk is so rich, felt like a plugged waterfall.. I'm so lazy to pump it out, dunno why.. hehehe.. Thanks to my friends who recommended this product, hopefully i will loose more weight by end of this year. :D

- My handphone was stolen at home. It was replaced (or a gift) with Nokia 5800 XpressMusic.. Cool phone although i was rolling on the floor wanting an iPhone previously.. well.... thank you to Mr Hubby :).

- I didn't shared my new number with most of you guys yet because i am planning to change to another number in near time. Will let out the notice soon.. Lagipun facebook kan ada.. hahaha :P

- Am learning and working on flashcards with my baby rite now. Something fun to do other than talking 'aaa aaaa aaaaa' to him.

I guess that's all i can think of. Signing off....





Tuesday, 8 September 2009

Hello World!!

Jeng jeng jenggggg.... kembali bersiarannnnn... actually this post is loooonnngggg overdue, so a bit basi la kot.. heheh... Baby dah keluar, mama bihziii.. huhuh..

Alhamdulillah, tanggal 27/08/09 lepas, jam 7.46 mlm aku selamat melahirkan seorng baby boy yang comel diberi nama Ahmad Mikael b Ahmad Muzani seberat 2.71 kg di Senawang Specialist Hospital (SALAM). Proses kelahiran tu memang di luar jangkaan aku la.. Storynyer bermula begini.. On my due date tu aku takde apa-apa sign lagi tuk labour. Dr buat CTG and my contraction is still mild. Opening pun takde lagi. Dr suggest tuk induce since nak tunggu opening tu bleh jadi amat lambat. Aku dengar nak induce rasa cuak dah sambil pikir hari apa nak beranak.. Nak buat on the due date rasa cam tak ready.. huhu.. so balik rumah dulu pikir2.. Malam tu aku decide la beranak je la esok tu, since macam mana pun kena gak beranak kalau tidak tak kuar la baby aku..

So next day kul 10 pagi aku masuk wad. Pagi tu masa scan before nak induce tu Dr tengok kepala baby tak engaged betul-betul kat bawah and it's not an anterior position. My baby's head mengiring ke tepi sikit. By right Dr try to get the strongest contraction and hopefully bleh tolak baby ke bawah and lock the head facing down. Tunggu punya tunggu, contraction pun makin kuat lepas 3 jam tu. Aku siap jalan2 lagi nak bagi cepat bukak. Tapi still kepala baby tak turn. Around 4 ptg tu aku decide tuk ambik epidural since aku rasa cam lama je nak beranak, n aku taknak lost too much energy during contraction, sebab nanti nak pakai masa push2 . Cucuk la epidural, surprisingly tak sakit rupanya cucuk. Hahahah.. sebelum ni ingatkan sakit. Tapi lepas cucuk ada rasa cam gigil sket, normal side effect katanya. Sambil relaks2 (sebab tak sakit dah :P, rasa contraction je) aku excited dah terbayang-bayang time nak push nanti. Then Dr pecahkan air ketuban. Pecah-pecah tu, gulpppp... air kaler ijau, baby dah poo poo katanyaaaaa... terus otomatik teringak kat aton.. hahahah... aku dah baget mesti Dr ni nak ckp kena operate sebab kalau nak tunggu 10 cm tah-tah kul 10 11 malam baru bleh beranak. Time tu dah emo2 dah, risau kat baby pun yer, risau kat diri sendiri nak kena belah pun yer.. lambat la aku nak slim konsepnyer..akakaka... apepun, my baby comes first.. 9 bulan lebih aku jaga dalam perut tuuuhhhh.. so around 7 ptg tu dah dengar dah Dr tu on call kan team dia n aku prepare ke operation room (OR). Hubby bleh ikut skali masuk. Time ni air mata duk mengalir2 jer.. huhuhu... tatau nak describe feeling tu camno. Dalam kul 7.30 ptg tu aku dah masuk OR tengok lampu bulat2 kat atas tu terus terbayang grey's anatomy gitewww... hahahah... hubby pun dibenarkan join tengok operation sekali.

Masa Dr operate tu hubby gigih bagi semangat, sebab nak pom pom push takleh giteww.. hahaha... aku lak tengah risau condition baby, takut apa-apa la yang tak expected jadi.. 7.46 tu baby selamat dikeluarkan tapi cord dia belit kat leher 3 kali. Patut la kepala dia takleh turun. Masa Dr keluarkan baby, hubby cakap pucat gila.. nanges katanya tengok baby camtu.. aku memang dah sedia nanges. Bila dengar suara baby menjerit nanges tu, that was the greatest moment for me. Macam tak percaya pun ada dah jadi MAMA!! hihihih.. Masa first time aku tengok muka Mikael rasa macam, mak aihhhh kenitnyerrrr... tapi sangat comel.. sampai skng pun masih terbayang muka 1st time tuh.. So everything went smooth, however aku sepanjang-panjang operation tu duk menangis.. hahaha.. konpius gak awat nanges banyak sangat.. sampaikan masa Dr nak tampal balik perut tu Dr cakap, "Zaileen, jangan menangis dah, saya nak cantumkan perut ni nanti tak sama".. voleyyyy??... konsep takut perut tak cantik otomatik trus senyap tak berhenjut dah.. kekekekeke...

Oklah, untuk yang follow my blog but not my facebook :P, inilah my sweet2 lovee.. Baby Mikael!!

Tarrrraaaaaa...


So kecik okeh compare ngan tangan tuh!!


booo boooo cak!!

Thursday, 13 August 2009

Debaran menghitung hari

Hari ni saya dah masuk 38w1d pregnant. Tahniah pada diri sendiri okeh.. akakakak... Alhamdulillah baby n mommy so far sihat walaupun agak takut ngan H1N1 situation skng nih, sampaikan pesan pada suami hari2 jangan lupa pakai hand sanitizer sebelum balik rumah. Konsep kebersihan amalan kita katanya...

Barang-barang baby rasanya semua dah almost ready except thermometer yang nak gi beli malam nih. Breast pump pun baru je sampai dengan seprais baju singa dan rakan-rakan... akakaka.. Roarrrring lion anak aku nanti... Choo chweettt... hahahahah.. Baju yang bertulis 'Mommy loves me' membuatkan suami bertanya naper takde daddy? Terus kuar ayat drama " ayah umpama lilin membakar diri utk org lain".. Bukan guru je bleh jadi lilin zaman skng okehh.. gagagaga...

Mesti baby lain takut, anakku ada singa.. kakakakakakaka


Terima kasih cik Ejah yang nun jauh di sana sebab sudi menolong mengepos breast pump dan early gift iniewww... Pasti saya akan pump it louder dengan penuh gaya untuk stok susu yang kalau lebih bleh wat teh tarik *pitam*... akakakaka... Opppsss, baby saya pun nak enterframe cakap tenkiu...


Awwww.. pandai baby amin ngn auntie jejah.. hokhokhok.... *giler baby tiba2 brunette*

Untuk kesekian kalinya jugork, akhirnya saya berjaya menyiapkan sepasang booties untuk anakanda terchenta.. Dekat sebulan baru siapppp... Walaupun booties ini tak perfect tapi sebagai amatur ia memberikan satu kepuasan kepada saya untuk melihat baby memakai kasut buatan mamanya nanti.

Aaaa.. nampak besar sebelah sebab angle camera okehh.. cer cer cer..

Kepada semua kawan-kawan, sanak saudara dan para pembaca, saya nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap selama berblog dan bergurau senda ni.. Doakan semoga saya selamat menjadi ibu kepada bayi yang sempurna dan sihatttttt!!! Apdet gambor baby bleh tgk kat FB suami la kan.. FB saya mungkin akan berhibernasi buat seketika..

Selamat menyambut Ramadhan buat semua.. Jangan noty2 ponteng puasa ok!

Tataaaaaaaaaaaa uolssss. MUAHSSSS!!